Fatin Afeefa Kesal Adam Shahz Tak Hadir Perbicaraan, “Saya Sepatutnya Settlekan Urusan Anak Sekolah..”

Sponsored

Isu hak penjagaan anak kepada Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz diberi nama Ivy Herra Sophia masih belum ada jalan penyelesaiannya. Menerusi laporan terdahulu, Fatin Afeefa memfailkan bantahan tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz mengenai hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka.

Sebelum ini pelakon lelaki tersebut telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh terhadap anaknya dari Fatin Afeefa. Bagaimanapun, terbaharu Fatin Afeefa kesal Adam Shahz tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pagi Isnin.

Sponsored

Menerusi muat naik di Instagram milik pelakon wanita ini, Fatin Afeefa kesal Adam Shahz tidak menghadirkan diri. Fatin Afeefa pula terpaksa datang ke mahkamah biarpun sepatutnya perlu menguruskan anaknya di hari pertama persekolahan.

“Today, saya sepatutnya settlekan urusan anak untuk masuk ke sekolah semula pada hari ini. Sepatutnya. But here I am. I woke up early morning, drove all the way here only to find out orangnya no show. Alasan? Taktau,” tulis Fatin Afeefa di muat naik tersebut.

Sponsored

Berikut adalah muat naik penuh luahan kesal Fatin Afeefa terhadap bekas suaminya itu:

Fatin Afeefa dilihat hadir ke mahkamah dengan mengenakan jubah dan tudung berwarna hitam. Luahan pelakon jelita ini telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Malah meninjau di ruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi mereka tak sangka Adam Shah boleh tidak hadir ke mahkamah hari ini memandangkan pelakon itu pernah memerli sambil mengingatkan Fatin untuk tidak lupa hadir perbicaraan.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian oleh Fatin Afeefa ini:

“Tido tu sis. Sedap anyam mimpi sampai lupa”

“Alahai nape la orang tu kita nak bagi mudah urusan tapi hmm stay strong faa n semoga dipermudahkan semuanya”

“Lepastu dia yang ingatkan Fatin supaya tak terlupa tarikh..Hahaha lawak padehal dia sendiri yang ke laut…”