Adi Putra Sahkan Nama Tiada Dalam Filem Mat Kilau 2, “Saya Tidak Mempersoalkan, Saya Redha..”

Sponsored

Ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila pelakon Adi Putra memaklumkan namanya tidak disenaraikan di dalam filem Mat Kilau 2. Pelakon itu sendiri mengesahkan mengenai perkara itu selepas satu kenyataan yang diterima daripada pihak penerbit filem berkenaan iaitu Kembara Studio.

Pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Dato’ Adi Putra memberitahu dia redha dan menerima keputusan yang dibuat itu. Malah dia juga enggan mempersoalkan keputusan berkenaan sebaliknya akur dengan apa sahaja keputusan dari pihak penerbit.

Sponsored

“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya redha.”

Penerbit mempunyai kuasa

Tambah Adi Putra, dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan barisan pelakon yang akan membintangi filem prekuel tersebut. Jelasnya, pihak penerbit mempunyai hak untuk menerbitkan dan menentukan pemilihan pelakon yang dimahukan mereka.

Sponsored

“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh. Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu.”

Filem Mat Kilau yang dibintangi oleh Adi Putra, Beto Kushairy, Fattah Amin, Khir Rahman dan Johan Ashaari ini berjaya memecah rekod filem tempatan paling banyak ditonton dengan kutipan hampir RM100 juta. Filem arahan Syamsul Yusof ini juga turut ditayangkan di Indonesia dan menerima sambutan hangat dari penonton di sana.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak