Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 Mei sebagai sebutan semula kes cerai pasangan Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada. Difahamkan, ada isu baru yang timbul apabila Shuhada mendakwa Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal menerusi aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.
Peguam syarie, Datuk Akberdin yang mewakili Hafidz memberitahu pihak mereka menerima salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Malah mereka turut berasa terkejut apabila melihat kandungan tuntutan itu di mana Hafidz dikatakan melafazkan cerai lebih awal pada 22 Januari lalu.
“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu pihak kami mohon tarikh baharu untuk menjawab terhadap tuntuan balas itu.”
Perasaan terhadap Shuhada 50-50
Dalam masa yang sama, Hafidz turut ditanyakan oleh pihak media mengenai kemungkinan dia dan bekas isteri untuk bersama semula. Menurut pelakon itu, dia menyerahkan soal rumah tangganya itu kepada ilahi dan mengakui masih cinta serta sayang terhadap Shuhada walaupun tidak sepenuhnya.
“Tengok jodoh macam mana. Rasa sayang itu 50-50. Untuk hari ini kita ada sebutan kes baharu, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Apa saja keputusannya, lafaz itu dibuat atau tidak, saya serahkan kepada mahkamah.”
Difahamkan, Hafidz juga sudah lama tidak berhubung dengan Shuhada selepas diminta oleh pihak mahkamah untuk tidak mengganggu bekas isterinya itu. Malah pelakon itu juga sudah tiga minggu tidak berjumpa dengan dua anaknya dan hanya berhubung menerusi panggilan telefon serta video.
Sekadar makluman, hari ini sepatutnya merupakan pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baru berhubung isu cerai tersebut. Terdahulu, Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah pada 27 Februari selepas Hafidz dilaporkan melafazkan cerai pada 22 Februari menerusi panggilan telefon.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.