“Handsome terukk”- Giliran Adi Putra pula buat ramai tersenyum, tengah ‘catwalk’ belanja silat

Sponsored

Penangan filem Mat Kilau membuatkan dua nama pelakon utama iaitu Adi Putra dan Beto Kusyairy menjadi perhatian apatah lagi dengan lakonan dan babak silat mereka mengundang rasa teruja penonton menyaksikan mereka.

Namun begitu, tentu ramai yang masih ingat dengan gelagat Beto Kusyairy yang ketika memperagakan koleksi baju raya sempat dia belanja silat di atas pentas. Sehinggakan ramai tersenyum melihat gelagatnya itu.

Sponsored

Ternyata kali ini Adi Putra pula mengundang orang ramai tersenyum melihat dia yang ketika memperagakan koleksi baju raya juga belanja silat. Aura kedua-dua pelakon berkenaan sememangnya tidak dinafikan oleh ramai peminat dan meskipun muncul pelakon-pelakon baharu, nama mereka tetap menjadi kesukaan ramai.

Menerusi satu rakaman video yang tular ini memaparkan Adi Putra ketika memperagakan koleksi baju raya namun dia berhenti ketika catwalk dan hadir ramai model lelaki yang lain muncul namun aura Adi Putra tetap membuatkan ramai memberikan tumpuan kepadanya.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, Adi Putra dihujani pelbagai reaksi oleh netizen dan peminat apabila dirinya yang baru buka tangan untuk memulakan silat sahaja sudah berjaya menarik perhatian ramai.

‘Baru hand gesture je orang dah bersorak’

Sponsored

‘saja tau buat aku tersengih…’

‘Abang Mat Kilau dan Wahid lain macam ea. Dorang keluar je terus orang sorak…’

‘Aih aku kena ingat dia dah kawen’