Adik Beradik Ira Kazar Tuduh Datuk Yusof Haslam Bayarkan Peguam Untuk Puteri Sarah, “Kau Ingat Dia Kaya Ke?”

Sponsored

Macam yang semua sedia tahu, pelakon Puteri Sarah telah pun memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof. Semua ini berlaku selepas pengumuman dari pengarah filem itu yang mengesahkan dia sudah pun berkahwin dua dengan Ira Kazar.

Terbaru, Puteri Sarah telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story apabila dia menerima kiriman mesej dari netizen. Di dalam gambar ‘screenshot’ dikongsikan itu, kelihatan mesej perbualan yang dipercayai berlaku di antara abang kepada Ira Kazar iaitu Naem Kazar dan seorang netizen.

Sponsored

Menerusi mesej itu, Naem Kazar telah mendakwa peguam yang diambil oleh Puteri Sarah sebenarnya dibayar oleh bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam. Tambahnya lagi, disebabkan itu lah bapa mentuanya itu menangis tidak dapat menahan sebak semasa ditemu bual oleh media sebelum ini.

Naem turut mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Puteri Sarah juga sering bertukar-tukar sehingga menyebabkan peguamnya pening dengan kes tersebut. Tidak hanya mendiamkan diri, Puteri Sarah berkata hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia berkerja keras untuk mencari pendapatan.

Sponsored

Jelas pelakon itu, dia berkerja siang dan malam bagi mencari rezeki namun pihak di sana sewenang-wenangnya membuat cerita yang tidak benar mengenai dirinya. Dalam masa yang sama, Puteri Sarah turut meminta keluarga Ira Kazar untuk berbincang dengan peguamnya sekiranya ada yang tidak puas hati.

“Mula-mula bapak, lepastu kakak, ni abang pulak. Lepas ni siapa pulak yang nak keluar statement. Satu family ni dah kenapa?”

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram