Aedy Ashraf kongsi Tentang Bulan, komen Eric Fuzi kata penat jawap tak terlibat cuit hati ramai

Sponsored

Kalau sebut nama Aedy Ashraf, tentu ramai yang masih tidak percaya dengan perkembangan artis lelaki ini yang dahulunya begitu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Tentang Bulan namun kini dia menjadi antara pelakon lelaki popular dengan watak hero.

Walau bagaimanapun, selepas sekian lama menjadi perhatian peminat filem Tentang Bulan, Aedy Ashraf menerusi ruangan Instagram peribadinya mengundang rasa teruja ramai apabila dia memuat naik sekeping foto poster filem Tentang Bulan.

Sponsored

Kongsi poster Tentang Bulan

Nampaknya sudah 17 tahun berlalu disaat dia memuat naik tentang filem tersebut yang mana ia dibintangi oleh enam pelakon kanak-kanak sebagai watak utama dalam filem ini iaitu selain Aedy Ashraf ia juga dibintangi oleh Fatin Afeefa, Muhammad Nasiruddin, Nik Adruce, Nor Zam Zam dan Erin Malek.

Sponsored

“17 years ago today,” tulis Aedy Ashraf yang ternyata perkongsian dirinya itu turut mengundang ramai peminat mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan jika mereka akan membuat kemunculan semula dalam versi baru.

“Buat comeback Tentang Bulan versi baru la tapi pelakon sama gempak oo”

Sponsored

Tetapi tidak hanya itu yang menjadi perhatian peminat, ini kerana komen Eric Fuzi yang juga popular dalam filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib turut mencuit hati ramai apabila dia disangka turut terlibat dalam filem Tentang Bulan.

“Aedy Ashraf tolong bagitau semua yang aku tak berlakon citer ni…”

“Walaupun kau dah besar…”

“Buat la comeback…”