Dikecam Salam Bright Vachirawit, Sharifah Rose Anggap Sebagai Tanda Hormat, “Saya Hanya Lambai Tapi…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon dan ‘influencer’ Sharifah Rose telah menerima kecaman hebat selepas dia dilihat bersalaman dengan pelakon Thailand, Bright Vachirawit. Menerusi video yang tular itu, Sharifah Rose berada di pentas yang sama dengan bintang terkenal itu sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Tindakan pelakon wanita itu kemudiannya menerima kecaman netizen yang menegurnya untuk menjaga batas pergaulan dengan yang bukan mahram. Malah netizen menganggap tindakannya itu telah memberikan imej yang buruk kepada wanita bertudung di negara ini.

Sponsored

Susulan video yang tular ini, Sharifah Rose menjelaskan pada awalnya dia cuma melambaikan tangan sahaja namun pelakon Thailand itu kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalam. Sebagai tanda hormat, dia menyambut salam yang dihulurkan seperti di dalam video yang tular itu.

“Masa di acara itu, tak ada sesi untuk taklimat lagi. Masa itu, saya hanya lambai sahaja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak rude la sebab dia mungkin tak tahu budaya kita kan.”

Sponsored

Tambahnya, dia juga tidak berlebih-lebih dari itu dan hanya menyambut tangan pelakon lelaki itu sebagai tanda menghormatinya. Walaupun menerima kecaman hebat di media sosial, Sharifah Rose menganggap sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti dan dia sudah terbiasa apabila apa sahaja yang dilakukannya dipertikaikan netizen.

“Saya rasa biasalah netizen, semua benda nak pertikaikan. As long as bagi saya benda itu tak ada berlebih, hanya salam sebagai tanda hormat.”

Sponsored

Terdahulu, tular di media sosial video Sharifah Rose dan Bright Vachirawit bersalaman semasa berada di dalam sebuah majlis yang dianjurkan produk penjagaan kulit. Kebanyakan netizen menganggap tindakannya bersalaman dengan pelakon lelaki itu adalah tidak patut dan tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak