“Jep Jarang Nak Bersuara…”, Netizen Terus ‘Backup’ Jep Isu Shuib Dan Sepahtu

Sponsored

Isu hubungan Shuib bersama kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu terus menerus menjadi perhatian peminat dan warganet. Selepas pendedahan dibuat oleh Jep sebab sebenar mengapa Shuib tidak lagi bersama kumpulan Sepahtu, netizen mula memberikan reaksi.

Salah satu sebab yang dinyatakan oleh Jep adalah kerana satu lakonan aksi kontroversi Shuib dalam satu episod yang dikritik dan dikatakan lucah oleh penonton. Susulan itu Shuib diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan digantung dari siri sitkom berkenaan selama dua minggu.

Sponsored

Dalam tulisan pendedahan Jep itu, perkara tersebut turut menjadi pengajaran kepada ‘pemain’ siri sitkom yang lain untuk berhati-hati dalam membuat lawak.

Bagaimanapun baru-baru ini kecoh pula apabila Shuib muncul dalam siri sitkom Ubi Superstar Live yang ditayangkan di Astro. Disebabkan itu, muncul kembali isu mengapa Shuib meninggalkan Sepahtu Reunion Live.

Sponsored

Seorang pengguna Twitter menangkap layar dan memuat naik semula tulisan pendedahan Jep mengenai isu tersebut dan telah mencuri perhatian ramai. Perkongsian individu ini membuatkan netizen terus ‘backup’ Jep atas isu yang berlaku itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terus ‘backup’ Jep berkenaan isu Shuib bersama Sepahtu ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

Sponsored

“Jep jarang nak bersuara..Kalau bersuara mesti ada something wrong… Dia kaki bahan dalam scene je. Luar scene dia professional. Itupun dia tak burukkan si Shuib. Tak pe la Jep, move on je…”

“Sayangnya..Dua gandingan yang sangat kuat chemistry. Harap2 tak renggang lepasni dan masih ada peluang nak bekerjasama. Dua2 pun hebat bila berkongsi pentas”

“Jep jarang nak respon benda2 camni tapi sebab si Shuib asik la dengan jawapan tukar2 dia tu so aku setuju untuk respon kalini untuk meluruskan apa sebenarnya yang terjadi…”

SumberTwitter