Aedy Ashraf Lakon Watak Orang Dewasa, Ada Pula Tak Boleh Terima Hakikat.., “Kau Masih Mawi Tentang Bulan”

Sponsored

Memulakan karier sebagai seorang pelakon sejak di usia kanak-kanak lagi, kini setelah bertahun-tahun sudah pastinya Aedy Ashraf sudah layak untuk membintangi karakter orang dewasa seiring umurnya.

Pernah popular menerusi lakonannya sebagai Mawi dalam filem Tentang Bulan, sehingga ke hari ini Aedy Ashraf sememangnya memiliki barisan peminatnya tersendiri.

Sponsored

Bagaimanapun baru-baru ini, salah seorang pengguna media sosial tak boleh terima hakikat Aedy Ashraf lakon watak orang dewasa menerusi drama terbaharu dibintangi pelakon lelaki tersebut.

Menerusi perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun Razali Sheldon ini, dia menafikan Aedy Ashraf sudah dewasa. Berikut adalah muat naik tersebut:

Sponsored
@razali_sheldon

Tengok ni si Mawi gatal nak kahwin dah. Kecik lagi ni. #tentangbulan

♬ bunyi asal – Hilma Mahliza🇲🇾

Dalam video itu kedengaran lelaki ini tak boleh terima hakikat Aedy Ashraf sudah layak membintangi karakter orang dewasa. Berikut adalah apa yang dikatakan oleh individu ini:

“Tak tak de kau masih lagi Mawi Tentang Bulan walaupun kau berlakon jadi orang dewasa. Tak tak…Kau Mawi Tentang Bulan yang naik basikal tu. Walau pun kau naik kereta tak..kau budak2. Kat mata aku kau Mawi Tentang Bulan. Tak boleh masih lagi kecik..”

Sponsored

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat lelaki ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan perkongsian tersebut:

“Bang terimalah kenyataan yang kita ni dah semakin berumur. Anak2 saya pun dah bujang2 bang. Bagilah can dia pun nak kahwin”

“Sebab membesar sesama. Aku still rasa geng2 ni semua still budak2…Padahal sama2 membesar”

“Ahaha ye la tu..Samela dengan Shazlan tu”

“Tau takpe..Walaupun dia berlakon lah cerita lain, aku masih nampak dia sebagai Mawi Tentang Bulan”

SumberTikTok