“Joyah tetap lawa”- Video peminat nak bergambar dengan Safawi Rasid, gelagat comel Syifa Melvin buat ramai puji

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pemain bola sepak terkenal ini, Safawi Rasid. Kebolehannya ketika beraksi dipadang menyebabkan dia antara pemain bola di Malaysia yang diminati ramai serta sering menjadi sorotan di media sosial.

Baru-baru ini pula, Safawi Rasid selamat mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh dan pelakon terkenal, Syifa Melvin. Majlis pernikahan pasangan sama cantik, sama padan ini membuatkan ramai peminat juga gembira apabila meskipun sering digosipkan bersama namun kedua-duanya sering berahsia sehinggalah pada 28 November lalu mereka disatukan sebagai suami dan isteri.

Sponsored

Bahagia bersama

Meskipun begitu, dalam satu muat naik dikongsikan oleh seorang individu membuatkan pasangan ini terbaharu menjadi bualan ramai. Safawi Rasid yang bangun menemui peminatnya yang ingin bergambar membuatkan ramai tertarik dengan hantaran tersebut.

Sponsored

Malah dalam pada masa yang sama, gelagat Syifa Melvin juga nampaknya mencuri tumpuan warganet yang menonton rakaman klip pendek dikongsikan ini. Syifa Melvin yang sedang duduk memerhatikan suaminya itu sedang bergambar bersama peminat. Gelagatnya itu membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen.

Ada juga yang tertanya-tanya tentang wajah Syifa Melvin yang dikatakan seperti tidak puas hati namun kebanyakannya juga menjelaskan, isteri kepada Safawi Rasid ini sememangnya memiliki wajah yang garang tapi ketika itu dia sebenarnya tersenyum sahaja.

Sponsored

‘Muka tak puas hati je…’

‘Lepas kawen Joyah nampak makin cantik’

‘Joyah tetap lawa’

Safawi