Teman lelaki belikan gelang emas, Zarina Anjoulie tolak besar pilih yang kecik- “Papa nak jadi anak angkat”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini, pelakon Zarina Anjoulie dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey begitu mendapat perhatian ramai di media sosial. Zarina Anjoulie bagaimanapun juga mengakui dia dan lelaki tersebut bercinta sekali gus membuatkan ramai peminat semakin tumpang gembira melihat pasangan berkenaan.

Apatah lagi, Datuk Seri Khazrul Elzey juga disukai peminat Zarina Anjoulie atau turut mesra dipanggil Anju yang mana lelaki tersebut baru-baru ini juga membelikan begitu banyak baju-baju muslimah buatnya, tidak hanya itu dia juga ingin membelikan Zarina Anjoulie tudung membuatkan ramai peminat memberikan pujian terhadap sikap Datuk Seri Khazrul Elzey.

Sponsored

Ramai puji

Terbaharu pula Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey menjadi tumpuan ramai apabila mereka tular di media sosial. Ini kerana pasangan ini hangat sekali lagi menjadi bualan warganet dan peminat yang mana ada yang teruja menyaksikan gelagat sweet Zarina Anjoulie dibelikan gelang emas.

Sponsored

Diminta untuk memilih gelang emas yang besar oleh lelaki tersebut yang dipanggil ‘papa’, Zarina Anjoulie menolak dan memilih yang lebih kecil membuatkan Datuk Seri Khazrul Elzey juga memuji sikapnya.

Menjengah pula ke ruangan komen, peminat dan warganet selain suka melihat gelagat mereka, rata-ratanya turut sempat berseloroh dengan pelbagai reaksi yang ada juga antaranya ingin menjadi anak angkat.

Sponsored

‘Sekarang hari-hari stalk Anju…’

Zarina Anjoulie

‘Papa nak jadi anak angkat boleh…’

‘Semoga berbahagia Anju…’