Aepul Roza Terkilan ‘Founder’ Produk Berlumba-Lumba Nak Jadi Penyanyi, “Pekerjaan Penyanyi Dah Tiada Nilai…”

Sponsored

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza meluahkan rasa terkilan apabila semakin ramai ‘founder’ produk yang sibuk mahu menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu. Ujarnya, ini sedikit sebanyak menggugat karier seorang penyanyi dalam industri muzik tempatan.

Menurutnya lagi, kecanggihan teknologi pada masa kini memudahkan sesiapa sahaja yang mahu menjadi penyanyi walaupun tidak mempunyai bakat. Ini juga mendorong mereka untuk menghasilkan dan merakamkan lagu demi mendapat perhatian ramai.

Sponsored

“Ada rasa terkilan sikit sebab bila perkara-perkara begini dibiasakan, kita akan dapat rasa pekerjaan sebagai penyanyi seperti sudah tiada nilai. Sebab sesiapa sahaja boleh menyanyi apatah lagi dengan bantuan teknologi canggih, nyanyilah macam mana pun, ia boleh jadi lagu.”

Walau bagaimanapun, Aepul tidak menolak kemungkinan ia menjadi satu strategi perniagaan yang baik untuk usahawan mempromosikan produk mereka kepada umum. Namun sebagai penyanyi, dia lebih mengutamakan bakat dan usaha seseorang yang ingin menghasilkan dan merakamkan lagu.

Sponsored

“Kalau kita tak dengar ataupun tidak bagi perhatian pada dia, mereka akan stop. Tapi kalau kita bagi perhatian selagi tu mereka akan buat.”

Tambah Aepul lagi, selagi masyarakat memberikan perhatian kepada lagu-lagu yang dikeluarkan oleh ‘founder’ produk seperti ini, selagi itu lah mereka akan terus melakukannya. Namun jika tiada sesiapa yang memberikan perhatian seperti yang diharapkan, lama kelamaan trend ini akan berhenti.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar