“Dah Lama Nak Share Prob Tapi…”, Luahan Naim Daniel Buat Ramai Bimbang

Sponsored

Pernah mengejutkan ramai dengan merangkul anugerah juara di Anugerah Juara Lagu, siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon muda berbakat, Naim Daniel ini.

Baru-baru ini Naim Daniel telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video luahan darinya. Dalam rakama yang dimuat naik menerusi akaun Instagram tersebut, kedengaran Naim bertanyakan kepada semua adakah sihat dan berharap semuanya baik-baik sahaja.

Sponsored

Malah Naim turut memaklumkan yang dia sebenarnya ingin berkongsikan masalah yang dialaminya. Namun dia segan untuk menceritakannya. Jadi Naim berkata akan menceritakannya nanti.

“Sihat? I hope semua dalam keadaan baik-baik je. Nothing much, sebenarnya Naim dah lama nak share regarding my prob sebab selama ni Naim tak pernah share. Segan sikit. But nanti Naim dah ready, Naim share ok?”

Sponsored

Muat naik video luahan Naim Daniel yang cuba memberitahu masalah yang dialaminya itu telah membuatkan ramai tertanya-tanya dan risau akan keadaan penyanyi dan pelakon ini.

Apatah lagi apabila luahan Naim Daniel ini tidak menyatakan sepenuhnya apakah masalah yang dialami oleh selebriti berbakat besar itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mula risau namun ada juga yang mendoakan kesejahteraan anak seni ini.

Sponsored

“Setiap yag berlaku ada sebabnya kan Im? Tak pe serahkan pada Allah. Semuanya akan dipermudahkan dengan hikmahNya”

“Dah ready baru umum..Tak payah nak bagitau nanti baru nak umum. Dia jadi cam tergantung…”

“Kami juga harap Naim dalam keadaan baik dan sihat”

“Your own heart is as important as the heart you have taken care in your life. Yang baik-baik dan kuat-kuat selalu ya, ND”