Umum sedia tahu sejak akhir-akhir ini kisah rumah tangga dengan kehadiran orang ketiga banyak diperkatakan. Dari hubungan suami isteri selebriti, pempengaruh dan orang kebiasaan, retak dek kerana hadirnya cinta dari orang ketiga membuatkan isu ini semakin mendapat perhatian ramai.
Malah ada yang mengelarkan orang ketiga ini sebagai penyondol rumah tangga kerana menyebabkan keretakan hubungan suami isteri. Terbaharu seorang doktor dan pakar motivasi, Prof Muhaya beri nasihat pada penyondol.
Dalam rakaman tersebut Prof Muhaya memberikan tiga nasihat kepada penyondol suami orang. Yang pertama adalah:
“Setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang. Maknanya apa yang kita buat tak baik akan datang balik pada kita.”
Kedua adalah setiap kali memilih untuk melukakan orang lain, diri sendiri pun akan terluka.
“Nombor tiga, kita tidak akan boleh bahagia atas kesusahan atau derita orang lain. Pada wanita sekalian, jika kita menyondol suami orang, gunakan kecantikan kita. Apa yang kita buat kita akan dapat. Kalau kita dapat suami orang itu, benda yang sama Allah izinkan apa akan berlaku pada kita“
Berikut adalah video penuh Prof Muhaya beri nasihat pada penyondol yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya itu:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat pakar motivasi ini yang ditujukan khas kepada penyondol dalam rumah tangga ini. Berikut antaranya:
“Saya dah sedekahkan barang terpakai saya kat pengemis dan Allah hadiahkan yang baru kat saya yang limited edition..Berbaloi sangat2..Sabar Allah sedang angkat darjat kita”
“Allah marah siapa yang meruntuhkan rumahtangga orang lain”
“Terbaik bonda. Peringatan untuk diri sendiri juga”