Aeril Zafrel Nafi Dakwaan Dituduh Tolak Gaji Pekerja, Akui Siap Bagi Bonus Lagi!

Sponsored

Baru-baru ini kecoh di sosial media apabila ada seorang pengadu mendedahkan mengenai majikannya yang merupakan pengasas satu produk dan sangat terkenal memotong gaji pekerja disebabkan tidak mencapai target yang ditentukan.

Aduan oleh individu ini kemudianya disiarkan di Twitter dan menjadi tumpuan ramai. Malah ada pula yang berteka-teki siapakah majikan individu berkenaan.

Sponsored

Bagaimanapun ada pula satu portal hiburan yang memetik nama pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel yang melakukan perkara tersebut. Susulan itu Aeril Zafrel nafi dakwaan dituduh tolak gaji pekerja dan tidak berpuas hati namanya dipetik.

Berikut adalah muat naik oleh Aeril Zafrel nafi dakwaan dituduh tolak gaji pekerja menerusi akaun Instagram miliknya itu:

Sponsored

Menerusi ruangan kapsyen, Aeril Zafrel meluahkan rasa tidak puas hati namanya dipetik didakwa tolak gaji pekerja dalam isu terbabit. Lebih panas lagi apabila Aeril Zafrel turut mempersoalkan dari sumber mana portal berkenaan dapat kenyataan berkenaan.

Selain dari penafian tersebut, Aeril Zafrel turut mendedahkan syarikat diusahakannya bersama isteri, Wawa Zainal memberi bonus tahun lalu. Jadi tidak masuk akal tuduhan oleh mereka itu.

Sponsored

“kau dapat info dari mana ni betifulnara?? aku ni siap bagi bonus lagi tahun lepas!!! gila punya statment!!!”

Selain dari itu, Aeril Zafrel turut memuat naik carian semula topik dan artikel berkenaan namun sudah tidak wujud lagi di portal tersebut.