Video Khai Bahar & Hawa Rizwana ‘gaduh’ tarik perhatian ramai

Sponsored

Menerusi rancangan MeleTOP, nampaknya sekali lagi peminat dapat melihat gelagat pengacara rancangan tersebut iaitu Hawa Rizwana bersama penyanyi, Khai Bahar. Kemunculan pemilik suara lagu Oh Wanita ini nampaknya muncul sebagai tetamu jemputan.

Terdahulu, Khai Bahar telah melancarkan lagu baharunya yang diberi judul Oh Wanita. Menariknya lagu tersebut juga apabila ia mengandingkan penyanyi popular ini dengan pengacara, Hawa Rizwana sebagai heroin dalam muzik video Oh Wanita ciptaan penuh daripada Harry Khalifah.

Sponsored

“Jom tengok MeleTOP! Khai nyanyi lagu Oh Wanita satgi,” kongsi Khai Bahar pada malam tadi apabila muncul di rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, nampaknya sekali lagi peminat kenen-kenen’ Hawa Rizwana dan Khai Bahar apabila mereka sempat merakam video lucu bersama.

Menerusi perkongsian video ini memaparkan Khai Bahar dan Hawa Rizwana miming video dan sempat berlakon bagi situasi, “bila lapar tapi tak boleh decide makan mana.” Lakonan Hawa Rizwana yang dilihat dengan wajah marah membuatkan ramai tertarik.

Sponsored
@mymeletop

Haaa kan dah gaduh tu. Korang boleh tolong @Khai Bahar tak nak bawa @Hawa Rizwana Redzuan makan mana? #meletop #ohwanita

♬ original sound – fatinnurain – fatinnurain

Muat naik diruangan akaun MeleTOP itu ternyata membuatkan gelagat kedua-dua selebriti tersebut menjadi bualan hangat diruangan komen yang mana seperti sebelum ini, keserasian Khai Bahar dan Hawa Rizwana sehingga mengundang ramai ‘kenen-kenen’ sekali lagi mereka mendapat komen yang sama.

‘Gaduh pun comel tak gaduh pun comel cam mana ni’

Sponsored

‘Sudah Jangan gado-gado, bagi kawen kang haa’

‘Semoga berjodoh dua ketoi ni’

Sumbermymeletop