Afifah Nasir gelak besar gara2 Siti Elizad, “Ni kalau ada Ramona lagi syok dgr gelak…”

Sponsored

Adik-beradik selebriti, pelakon Afifah Nasir dan Mia Nasir terbaharu menjadi perhatian ramai apabila mereka dilihat berada di konti Sinar. Umum diketahui, mereka adalah adik kepada pelakon terkenal, Anzalna Nasir.

Kedua-duanya bagaimanapun tular di media sosial apabila telatah mereka yang begitu terhibur dengan pelakon, Siti Elizad yang juga merupakan salah seorang penyampai radio tersebut turut mengundang ramai tercuit hati.

Sponsored

Mana tidaknya, Afifah Nasir dan Mia Nasir diusik oleh Siti Elizad apabila kemunculannya dengan memakai suit diver membuatkan kedua-duanya tidak dapat menahan ketawa apatah lagi mereka juga terkenal dengan sikap mudah terhibur.

@sinar_my

Ketawa besar Afifah Nasir dengan Mia Nasir bila Elizad catwalk dengan suit diver tu 😂 #PagiDiSINAR #costumeday #diver

♬ original sound – SINAR – SINAR

“Ketawa besar Afifah Nasir dengan Mia Nasir bila Elizad catwalk dengan suit diver tu,” kongsi Sinar_my yang turut mengundang dengan pantas orang ramai yang sudah cukup kenal dengan cara gelak besar Afifah Nasir hadir meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

Ada yang merasakan jika ada gabungan dengan pelakon, Ramona Zam Zam rasanya pasti akan lebih syok kerana dia dan Afifah Nasir umum dikenali sebagai selebriti wanita yang mudah terhibur.

“Ni kalau ada Ramona Zam Zam lagi syok dengar gelak besar boleh geng dengan Afifah dan Mia”

Sponsored

“Aku kalau dengar Afifah ni gelak hilang stress she give me good vibes with her laugh”

“Aku dengar si Afifah ni gelak aku pun terus terikut gelakk”

Sumbersinar_my