Rakaman Atu & Nabila Razali terima pujian ramai, “Tak semua orang boleh turunkan ego…”

Sponsored

Acara Gempak Most Wanted Award 2022 akhirnya telah melabuhkan tirai baru-baru ini dengan begitu meriah sehingga mendapat perhatian ramai di media sosial. Terdapat juga beberapa selebriti turut tular apabila ada yang meraih award dan ada juga yang mencuri tumpuan disebabkan busana unik digayakan di acara tersebut.

Meskipun begitu, penyanyi Nabila Razali juga sama menarik tumpuan ramai di acara Gempak Most Wanted Award 2022 apabila gelagatnya di pentas turut tular di media sosial. Namun begitu, momen yang juga menjadi perbualan adalah ketika dia dan Atu bersama di atas pentas tersebut.

Sponsored

Atu Zero dirakam menemui Nabila Razali di pentas acara Gempak Most Wanted Award 2022 ini dengan turut membawa bunga dan memberikan kepada penyanyi dan pelakon popular itu dan netizen menyifatkan tindakan maaf cara Atu itu sangat bagus.

Terdahulu, Atu Zero dan Nabila Razali menjadi perbualan selepas tindakan Atu yang dikatakan mempersendakan penyanyi tersebut tular. Namun begitu, Atu Zero telah meminta maaf dan isu tersebut juga telah reda.

Sponsored

“Atu muncul jumpa Nabila Razali, siap dapat bunga lagi,” kongsi pemilik akaun tersebut yang mana diruangan komen pula orang ramai memuji tindakan mereka berdua.

“Bagus betul Atu tak semua orang boleh turunkan ego dan minta maaf walau apa dia cakap tu betul, takpelah benda dah lepas lagipun kita semua manusia biasa”

Sponsored

“Sekali pun benda tu betul, bukan alasan untuk kita cakap lepas, orang lain ada hati perasaan. terbaik atu, tak ego”

“Bagus-bagus tak mo gaduh-gaduh lagi tau, tumpang happy untuk diorang”

“Dan lagi nak buat lawakkk”