Naim Daniel Berbaju Melayu Ke Acara Hiburan, Akui Selesa Dengan Penampilannya Itu

Sponsored

Pelakon, komposer dan penyanyi muda dikenali dengan nama Naim Daniel ini sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Memiliki tahap kreativiti cukup mengagumkan, kemunculan Naim Daniel di acara dan kaca televisyen sering mencuri tumpuan ramai.

Biarpun begitu, sejak akhir-akhir ini Naim Daniel dilihat sering tampil lengkap berbaju melayu tidak kira apa juga tema acara tersebut. Penampilan Naim Daniel berbaju melayu tersebut turut mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Menerusi laporan Harian Metro, Naim Daniel akui amat selesa menggayakan baju melayu di setiap majlis hiburan dihadirinya. Bagi pemuda berusia 25 tahun ini dia menganggap baju melayu sesuai dipakai untuk setiap acara dihadiri olehnya.

Idea untuk tetap dan hadir dengan berpakaian begitu diperolehnya kerana dia memiliki ratusan pasang koleksi baju melayu. Jadi dia terfikir untuk memakai salah satunya ke sebuah acara nyanyian dan Naim akui selesa mengenakanya.

Sponsored

“Apabila menggayakannya, saya amat selesa dan langsung tidak berasa canggung di majlis itu. Jadi, saya tekad untuk terus menggayakan baju Melayu pada setiap undangan persembahan dihadiri. Alhamdulillah, saya dapati ada juga peminat yang sudah mengikutnya,” kata Naim Daniel.

Selain dari itu Naim juga berpendapat baju melayu sebenarnya tak terhad untuk majlis dan sambutan acara tertentu untuk dipakai dan digayakan. Katanya lagi sudah sampai masanya stigma sebegini dibuang kerana kita perlu bangga dengan pakaian warisan bangsa ini.

Sponsored

Tambah pelantun suara bagi lagu Sumpah ini, sememangnya kita seharusnya bangga dengan jati diri bangsa dan seharusnya perlu dipertahankan.