Umum sedia tahu baru-baru ini pelakon dan model terkenal Diana Danielle telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Farid Kamil. Berita ini mengejutkan ramai dan pelbagai spekulasi mula timbul.
Salah satu spekulasi yang timbul adalah pelakon gandingan Farid Kamil dalam Remp-It 2, Ahirine Ahirudin didakwa menjadi punca kepada masalah rumahtangga pasangan selebriti tersebut.
Laporan mengenai dakwaan itu telah ditulis oleh sebuah portal akhbar terkenal yang mana spekulasi itu timbul bila netizen meninggalkan komen dengan mendakwa pelakon baru itu menjadi penyebabnya.
Susulan itu, pelakon Ahirine Ahirudin kecewa nama dipetik jadi punca keretakan rumahtangga Diana Danielle dan Farid Kamil dalam laporan tersebut.
Menerusi muat naik di Instagram pelakon berusia 27 tahun itu, dia meluahkan rasa kecewa mengenai namanya dipetik sebagai punca keretakan rumahtangga pasangan tersebut.
“Sebagai seorang wartawan saya sangat kecewa dengan paper @hmetromy yang menggunakan nama saya untuk menimbulkan fitnah. Takde belajar etika kewartawanan ke dulu?”, tulis Ahirine Ahirudin kecewa dengan perkara tersebut.
Dalam laporan oleh portal berkenaan, segelintir warganet memetik nama Ahirine dan menyalahkan pelakon tersebut kerana didakwa menjadi sebab Diana memfailkan penceraian terhadap Farid Kamil.
Malah sebelum ini beberapa video dengan paparan dua pelakon dalam filem Remp-It 2 itu telah mencuri perhatian ramai. Perkongsian rakaman itu telah dimuat naik menerusi akaun TikTok Ahirine seperti berikut:
Meninjau di ruangan komen perkongsian video ini nampaknya ramai yang mendakwa pasangan ini nampak mesra dan ada yang tag Diana Danielle. Bagaimanapun, reaksi Diana Danielle sangat bersahaja mengenai suaminya dan pelakon wanita itu.