Ahirine Dedah Ada Pelakon Lelaki Dah Berkahwin Cuba Mengorat, Siap Ajak Jadi Kekasih Gelap

Sponsored

Sebelum ini, nama pelakon Ahirine Ahirudin telah dikaitkan di dalam konflik rumah tangga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle. Namun Ahirine menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia bukanlah punca kepada keretakan hubungan pasangan selebriti itu.

Malah pelakon itu sendiri tidak tahu mengapa dirinya dikaitkan sebagai ‘penyondol’ dan menerima kecaman dari netizen di media sosial. Ujarnya, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farid Kamil sebaliknya kini dia sedang berkenalan dengan seorang lelaki yang turut mempunyai kemahiran Muay Thai sama sepertinya.

Sponsored

Ada pelakon lelaki cuba menggatal

Ahirine turut membuat satu pengakuan mengejutkan mengatakan Farid Kamil bukanlah lelaki yang cuba menggatal dengannya. Sebaliknya ada pelakon lelaki lain yang cuba mengoratnya walaupun sudah mempunyai status sebagai suami orang.

Bukan sahaja berstatus suami orang, pelakon lelaki itu juga sudah mempunyai anak dan sering berkongsikan kebahagiaan keluarganya di media sosial. Dalam masa yang sama, pelakon lelaki yang dimaksudkan itu juga pernah meminta Ahirine untuk menjadi kekasih gelapnya.

Sponsored

Terdahulu, netizen menuduh Ahirinie sebagai orang ketiga dalam pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle susulan beberapa video yang dimuat naik di media sosial. Namun difahamkan, kedua-duanya rapat kerana Ahirine terlibat di dalam filem arahan Farid dan melakukan aktiviti Muay Thai bersama.

Sekadar info, Diana Danielle memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya dengan alasan tiada persefahaman dan berlakunya perbalahan berpanjangan di antara mereka. Namun Farid enggan melafazkan cerai kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan