Individu Dikecam Gara-Gara Nak ‘Crowdfund’ Untuk Amelia, “Dia Dah Kaya, Pandai-Pandai Lah Dia Cari Duit…”

Sponsored

Baru-baru ini, Mahkamah Sivil memerintahkan pelakon Amelia Henderson untuk membayar sebanyak RM213,000 kepada A. Aida Production berkaitan isu perlanggaran kontrak. Selain itu, Amelia turut diminta untuk membuat permohonan maaf dan memadam video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap produksi itu.

Susulan dari keputusan mahkamah ini, ada individu yang berminat untuk membantu pelakon itu dengan mencari sumbangan dana bagi meringankan bebannya membayar denda tersebut. Malah individu itu juga turut mencari sekiranya ada pihak yang sudi membuka dana untuk membantu Amelia.

Sponsored

Reaksi netizen

Hantaran yang dimuat naik itu kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan individu itu. Ujar netizen, Amelia merupakan seorang pelakon yang terkenal dan pastinya mampu untuk membayar sendiri jumlah denda yang dikenakan itu.

Tambah netizen lagi, lebih elok sekiranya sumbangan dana seperti itu diberikan kepada golongan yang memerlukan dari membantu pelakon itu membayar denda tersebut. Dalam masa yang sama, netizen turut mengungkit semula isu work life balance yang pernah dibincangkan Amelia bersama Janna Nick sebelum ini.

Sponsored

“I agree apa yang dia buat memang betul, jaga moral diri tapi kalau nak crowdfund ni hm sorry lah, dia berstatus artis kot…”

“Err dia dah kaya. Pandai-pandai lah dia cari duit nanti.”

Sponsored

“Korang buat lah crowdfund untuk beli baju raya kepada mereka yang memerlukan, itu lebih baik.”

Terdahulu, Amelia dan Idris Khan berdepan dengan tindakan saman dari penerbit terkenal itu gara-gara isu perlanggaran kontrak. Idris Khan kemudiannya bersetuju untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah manakala Amelia kekal dengan pendiriannya dan memilih untuk dibicarakan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter