“Aik dah pindah”- Aina Abdul dikatakan artis Indonesia buat ramai netizen Malaysia ‘hadir’

Sponsored

Sebut sahaja nama Aina Abdul, tentu ramai yang mengagumi bakat suaranya yang boleh membawa apa sahaja jenis lagu dengan sangat baik. Mula mendapat tempat dihati peminat, Aina Abdul sehingga kini sentiasa menjadi sorotan ramai di media sosial dan setiap perkembangannya tentu juga mendapat perhatian.

Umum diketahui, Aina Abdul juga boleh membawa lagu Korea dengan sangat baik sehingga telah dikenali disana. Begitu hebat pencapaian Aina Abdul sebagai anak seni. Namun begitu, disebabkan salah satu klip video pendek ini yang mengatakan dia adalah penyanyi Indonesia mencetuskan ramai netizen Malaysia ‘hadir’ diruangan komen.

Sponsored

Aina Abdul dikatakan penyanyi Indonesia

Dalam muat naik tersebut, Aina Abdul bersama dua penyanyi dari Tiongkok dan Korea diletakkan dalam satu video apabila mereka membuat cover lagu popular Korea berjudul This Love yang mana lagu tersebut adalah lagu OST bagi drama Descendants of the Sun. Walau bagaimanapun, Aina Abdul dikatakan dari negara lain mencetuskan ramai bertanya.

Sponsored

Sejak bila Aina Abdul pindah, itu antara komen yang ditinggalkan warganet selepas rakaman tersebut turut mendapat perhatian ribuan pengguna platform ini. Dalam pada itu, ramai yang tampil membetulkan negara asal Aina Abdul sehingga ribuan komen juga telah ditinggalkan ramai.

Ramai tampil betulkan

Sponsored

‘Aina Abdul suara dia…’

Aina Abdul

Itu yang pertama…’

‘Sejak bila pulak Aina jadi…’

Sekadar info, Aina Abdul telah membuat cover lagu tersebut pada tahun lalu dan memuat naiknya di platform YouTube dan telah menerima pujian ramai.

Sumbersius.30