“Kayoooo”- Video ‘review’ rumah Amyra Rosli & Amar, ramai puji cantik sehingga ditonton hampir 1 juta kali

Sponsored

Memiliki rumah idaman tentu antara yang menjadi impian buat ramai. Jadi melihatkan content dalam video seorang individu dikenali sebagai Syafirulizwan ini membuatkan ramai tertarik disebabkan dia tampil membuat review beberapa rumah mewah di Malaysia. Antara yang menariknya dia membuat review beberapa rumah selebriti terkenal.

Jika sebelum ini, dia membuat review rumah pelawak terkenal seperti Shuib Sepahtu dan Shuk Sahar, baru-baru ini pula ramai tertarik dengan content terbaharu dimuat naik yang mana memaparkan rumah pasangan selebriti terkenal, Amyra Rosli dan Amar Baharin.

Sponsored

Konsep rumah jadi bualan ramai

Umum diketahui, pasangan sama cantik sama padan ini telah berpindah ke rumah baru dan suasana rumah mereka pernah menjadi tumpuan ramai peminat. Mana tidaknya, dengan dekorasi di luar mahupun di dalam, Amar Baharin dan Amyra Rosli memilih konsep yang begitu menarik.

Sponsored

Dalam pada itu, perkongsian content creator ini pula membuatkan peminat dan warganet sedikit sebanyak dapat mengetahui tentang rumah mewah milik Amyra Rosli dan Amar Baharin itu yang mana diterangkan mengenai konsep dan tempat berkenaan.

@syafirulizwan

Rumah Semi D, Amar Baharin dan Amyra Rosli. Eco Majestic 2 Semenyih. #amarbaharin #amyrarosli #rumahsemid #semid #rumahcantik #shouldbeme

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Netizen puji cantiknya!

Sponsored

Menerusi hantaran dikongsikan itu, warganet diruangan komen bagaimanapun menghujani dengan pelbagai reaksi selain akui bahawa rumah pasangan berkenaan cantik dan turut ditinggalkan hampir 50,000 tanda suka selain ditonton hampir 1 juta kali.

‘Bagus la masa ada rezeki beli rumah…’

Amar

Cantik’

‘Cantik’