Pak Ya & kembar buat netizen keliru, video jadi tumpuan ramai

Sponsored

Buat peminat setia rancangan, Sepahtu Reunion Live tentu sudah cukup familiar dengan pelakon dan pelawak yang mesra dipanggil Pak Ya atau nama sebenarnya Illya Buang Shaharum ini.

Selain Jep, Rahim dan Shuib, Pak Ya juga sering menghiburkan ramai penonton rancangan tersebut dan satu rakaman video bagaimanapun membuatkan ramai yang keliru dengan dirinya selepas dia dilihat dengan seorang lelaki yang begitu mirip dengan dirinya.

Sponsored

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut merupakan kembar seiras kepada Pak Ya yang dikenali sebagai Yang Sharkawi. Menerusi video yang menarik perhatian dengan ribuan kali ditonton oleh warganet ini memaparkan kembar seiras kepada Pak Ya itu duduk disebelahnya.

Mengundang rasa keliru ramai dengan video ini, Pak Ya dan kembarnya menjadi bualan ramai di perkongsian tersebut yang akhirnya ada yang tertanya-tanya yang mana satu Pak Ya kerana wajah mereka yang begitu seiras.

Sponsored

Muatnaik tersebut dalam pada masa sama menerima komen seloroh warganet namun rata-ratanya juga terkejut dan tidak menyangka pelawak dan pelakon ini mempunyai kembar seiras selain hantaran itu juga meraih ribuan tanda suka.

‘Kalau aku ada kembar seiras macam ni aku ajak dia gilir-giliir masuk ofis…’

Sponsored

‘Sapa boleh teka mana adik, mana abang dia terer’

‘Teringat member masa sekolah kembar, lain-lain sekolah…’

‘Kembar Pak Ya lebih nampak macam pakya berbanding Pak ya sendiri’