Aina Abdul Mohon Peminat Henti Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza, “Tanpa Dia Saya Pun Tiada Di Sini”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lantang dan merdu, Aina Abdul ini. Namanya bukan baru dalam industri seni tanah air, namun kehadirannya cukup menghiburkan dengan kreativiti luar biasa ketika membuat persembahan.

Terbaharu Aina Abdul dilantik menjadi juri tetap dalam rancangan Big Stage mengantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Disebabkan itu Aina akui sudah bersedia jika ada yang cuba bandingkan dirinya dengan Siti Nurhaliza dalam rancangan berkenaan.

Sponsored

“Saya tahu tempat saya ini pernah diduduki penyanyi nombor satu negara. Saya pasti akan ada yang cuba membandingkan kami”

Malah penyanyi ini juga perjelaskan yang dia sudah berkali-kali terangkan mengenai isu Aina Abdul dibandingkan dengan Siti Nurhaliza.

Sponsored

“Rasanya sudah banyak kali saya terangkan dalam konteks yang berbeza iaitu tanpa dia saya pun tiada di sini,” kata Aina Abdul mohon peminat henti bandingkan dengan Siti Nurhaliza.

Tambah Aina lagi dia sangat kagum dengan Tok Ti jadi dia akan cuba menjadi juri dalam versinya tersendiri. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan penjelasan Aina Abdul mohon peminat henti bandingkan dengan Tok Ti.

Sponsored

“Dia adalah pelapis yang baik. Nak banding dengan pencapaian Tok Ti memang jauh lagi. Jauh sangat. Nak make sure kekal relevan puluhan tahun tu tak mudah”

“Bagus Aina..ambil contoh baik dari otai otai seni bukan hanya Dato Siti tapi semua penggiat seni”

“Dua2 hebat..Arus perubahan…Silih berganti itu perkara biasa dalam apa jua kerjaya. Bak kata orang tiada yang lama tiada yang baru”

SumberTikTok