Umum sedia tahu usahawan kosmetik yang saban tahun menjelang Aidilfitri akan tampil dengan lagu raya. Tahun lalu disebabkan muzik video lagu raya yang dihasilkannya menyebabkan usahwan tersebut dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Tahun ini Aliff Syukri tampil menerbitkan lagu raya lagi dan seperti tahun lalu nampaknya muzik video sekali lagi buatkan ada segelintir yang kurang senang.
Baru sahaja muat naik teaser muzik video lagu raya, Aliff Syukri terus dikritik dan ditegur kerana tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku tahun lalu.
Malah ibu Aliff Syukri turut tampil memohon maaf bagi pihak anaknya itu yang sekali lagi membuatkan ramai kurang senang. Terbaharu Aliff Syukri amuk di Instagram selepas menerima kritikan ramai mengenai lagu raya darinya tahun ini.
Aliff Syukri tak puas hati lagu raya dikritik
Dalam rakaman tersebut kedengaran Aliff Syukri mempersoalkan kenapa orang ramai kritik lagu rayanya dan tidak suka dengannya.
“Apa salah saya..sehinggakan lagu raya semua orang kecam. Apa kurang saya. Tolonglah rakyat Malaysia buka mata dengar betul-betul suara saya bukan telinga!” kata Aliff Syukri amuk orang kritik lagunya.
Berikut adalah video penuh tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu:
Netizen dakwa video amuk salah satu cara promosi lagu
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai meninggalkan reaksi dengan mengatakan bukan suara Aliff Syukri yang menjadi isunya di sini. Menurut mereka muzik videonya yang membuatkan ada kurang senang.
Selain itu ada juga yang berpendapat video amuk Aliff Syukri ini adalah salah satu cara promosi untuk orang ramai menyaksikan muzik video yang bakal dilancarkan esok.
Tok Ti pun melayan dakwaan Aliff Syukri penyanyi nombor satu
Dalam perkembangan lain, semalam kecoh juga apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza memberikan reaksi komen Aliff Syukri yang mendakwa dirinya penyanyi nombor satu negara.
Dalam tulisan itu Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi mengakui Aliff Syukri penyanyi nombor satu negara dan dirinya berada di belakang usahawan tersebut.