Pengacara Awal Ashaari telah menerima kecaman netizen selepas dia mengeluarkan kenyataan tiada paksaan untuk isterinya bertudung sebaik sahaja pulang dari ibadah umrah. Sebagai seorang suami, Awal memaklumkan dia peka dengan hukum agama walaupun isterinya belum terbuka hati untuk bertudung.
Walau bagaimanapun, dia menerima kecaman yang diberikan netizen dengan hati yang terbuka namun berharap kecaman itu dapat dihentikan dan meminta orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk isterinya, Scha Alyahya.
“Saya tahu mengenai hukum hakam agama ni, masa media tanya mengenai soalan itu saya beritahu yang saya tak mahu memaksa. Kalau boleh saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukannya erti saya tak kisah.”
“Saya hargai orang di luar sana mungkin sayang dan mahukan kami berubah, setiap komen itu kami hargai dan akan perbaiki dari masa ke semasa.”
Jelasnya, dia lebih memilih untuk mengambil pendekatan untuk membiarkan masa yang menentukan segalanya. Dalam masa yang sama, Scha Alyahya memberitahu dia tidak melenting dengan teguran yang diberikan oleh netizen sebaliknya menerima semua itu dengan hati yang terbuka. Malah dia juga pernah memberitahu suami tentang hasratnya untuk bertudung.
“Apa pun perkara elok sebegini, Scha mahu anda semua doakan yang baik-baik. Saya pernah beritahu Awal yang ada niat untuk bertudung. InsyaAllah doakan untuk saya. Awal pun pernah pesan apa-apa kenyataan biarlah dia saja yang jawab kerana risau saya tersalah cakap.”
Malah, pelakon berusia 39 tahun itu memahami apa yang cuba sampaikan oleh orang ramai dan menghargai peringatan yang diberikan oleh netizen. Ujarnya, dia tidak menafikan itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilakukan olehnya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.