Menjadi pengacara sememangnya antara perkerjaan yang menyeronokkan dan mendapat perhatian kini sehinggakan saban tahun dapat dilihat pencarian pengacara membuatkan bakat-bakat baru muncul di kaca televisyen menerusi pelbagai program.
Namun begitu, ia juga tidak mudah yang disangka kerana akan ada masanya perlu merasai pengalaman seperti host senior ini, Talib Husin. Mungkin ramai yang sudah familiar dengan muka host tersebut yang sering mengendalikan beberapa program di kaca televisyen.
Kongsi kisah mengendalikan rancangan Sahur
Terbaharu, Talib Husin menarik perhatian orang ramai apabila dia berkongsikan bagaimana dugaan dialaminya ketika perlu mengendalikan program sahur yang memerlukan dia keluar seawal jam 3 pagi untuk ke studio.
“Hidup seorang host, pukul 3pagi dah kena standby untuk Salam sahur. Dugaan jalan diturap, kena pusing cari jalan lain tak sempat sahur sebelum live.
“Maka kita bedal masa live kat TV terus. Muahahahaa. Mujur tak tersedak. Pernah tak lambat bangun sahur, korang capai apa,? Tanya host terbabit diruangan kapsyen.
Menerusi video pendek itu, dia berkongsikan kisah seorang host dimana dia kena standby untuk program Salam Sahur dan kerana mengalami masalah perlu pusing mencari jalan lain ketika perjalanan ke studio, dia tidak sempat sahur jadi dia perlu bersahur dengan memakan makanan dibekalkan isteri ketika live di TV.
Takpa nampak natural je
Boleh buat eh bang
Tak apalah sebab masa terhad