Amelia Henderson Bersolek Sendiri, Ramai Puji Hasilnya & Ada Kata Macam Ariana Grande!

Sponsored

Amelia Henderson, seorang pelakon dan pengacara yang cukup dikenali bakatnya. Malah gadis berdarah kacukan ini juga memiliki pakej lengkap untuk bergelar sebagai seorang selebriti.

Terbaharu, Amelia Henderson memuat naik satu video menerusi akaun TikTok miliknya dengan mengikut trend terkini iaitu GRWM (get ready with me) sebelum ke tempat kerja.

Sponsored

Video ringkas tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila dilihat Amelia sangat pandai melakukan solekan di wajahnya sendiri. Apatah lagi apabila melihatkan hasil solekan Amelia ini, memang macam pakai jurusolek profesional!

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Amelia Henderson bersolek sendiri yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya:

Sponsored

Tak sangka selebriti jelita ini pandai bersolek dan hasilnya memang padu habis! Malah meninjau di ruangan komen ramai yang teruja menyaksikan hasil solekan selebriti ini.

Selain dari itu ada juga yang terkejut dan menyangkakan selebriti yang hadir ke majlis besar kebiasaannya menggunakan perkhidmatan jurusolek profesional. Namun untuk Amelia Henderson, dia hanya bersolek sendiri.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut seperti berikut:

“Dah boleh ambik side job jadi MUA”

“Selalunya memang bersolek sendiri ke? Looks amazing!”

“Make up macam ni sendiri? Ahhh I adore you”

“I ingat celebrities nak pergi evebt/shoot diorang always hire MUA. This one changed my thought cuz Ame. Cantiknya ur makeup!”