Peminat Puji Aishah Nyanyi Lagu Flowers, “Lagu English Memang Makanan Dia”

Sponsored

Penyanyi bernama Aishah ini boleh dikatakan antara ‘permata’ industri hiburan tanah air. Pencapaiannya sejak dari usia muda bergelar penyanyi bukan calang-calang.

Aishah juga antara penyanyi yang mengharumkan nama negara dengan bakatnya itu. Biarpun sudah meningkat usia, namun bakat menyanyinya masih membuatkan ramai teruja dan terhibur.

Sponsored

Baru-baru ini Aishah menyanyikan semula lagu yang sedang tular kini berjudul Flowers nyanyian Miley Cyrus. Hasilnya memang padu habis!

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Aishah menyanyikan semula lagu Flowers yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya:

Sponsored

Sebutan bahasa Inggeris nyanyian Aishah memang padu, jelas dan nyanyian cukup menghiburkan! Umum sedia tahu anak seni bernama Aishah ini memang hebat bila menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris.

Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut akui kehebatan penyanyi ini yang tidak berubah sejak dari muda lagi. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian menerusi akaun Tiktok milik penyanyi ini:

Sponsored

“Sebutan yang best..Memang educated sangat terbaik. Suka dengar”

“Menurut info, beliau pernah study oversea dalam bidang Sains Politik. No wonder sebutan bahasa Inggeris beliau sangat bagus”

“Bila orang lama nyanyi dia macam ada vibe2 80 an zaman2 Madonna dulu. Love sangat”

“Kak Aishah ni kalau lagu English memang makanan dia..Sedap betul!!”

Berikut adalah video penuh Aishah menyanyikan semula lagu yang sedang hangat kini itu: