Kalau sebut nama Maryam tentu ramai yang begitu suka mengikuti perkembangan personaliti media sosial yang berasal dari Korea ini bersama suaminya, Ryzal Ibrahim dan puteri mereka yang mesra dipanggil Baby Rina.
Maryam tidak hanya sekadar seorang yang lucu dan menghiburkan peminatnya malah dia juga boleh membuatkan orang menangis melihatnya. Dalam satu hantaran terbaharu tentang Maryam, ada yang akui menangis melihat dia yang sayu kerana anaknya.
Bagi seorang ibu, tentu berpisah dengan anak antara perkara yang sukar apatah lagi perasaan risau juga sama dirasai mereka. Namun begitu, bagi menghantar anak ke sekolah adalah sesuatu yang perlu buat mereka. Namun begitu, Maryam juga merasai kesedihan itu selepas menghantar anak perempuannya ini ke sekolah.
Maryam bagaimana dipujuk Ryzal selepas dia sebaik sahaja masuk dalam kereta tidak dapat menahan air matanya. Ryzal ternyata juga sebak melihat isterinya menangis.
Menerusi bahagian akhir video, selepas Rina menangis di sekolah namun ternyata setelah beberapa minit, dia dilihat kembali ceria bermain.
Walau bagaimanapun diruangan komen, ibu-ibu mengatakan mereka juga memahami perasaan Maryam yang akan menangis apabila perlu meninggalkan anak mereka. Melihatkan Maryam menangis itu juga, ramai turut tidak menahan air mata kerana berkaitan dengan anak.
“Ramai rupanya geng hati tisu”
“Rina akan jadi anak yang solehah, pandai bergaul…”
“Tak nak kahwin kalau suami tak macam ni”
“Tak kira anak tu sudah besar mana…”