“Ala2 org pro”- Cara Kamal Adli ambil video Raysha Rizrose nikah undang netizen tergelak

Sponsored

Pelakon, Raysha Rizrose membuatkan orang ramai memberikan tumpuan kepada dirinya pada 22 Februari lalu apabila tahu-tahu sahaja dia akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Nabil Jeffri.

Raysha Rizrose dan suami yang merupakan seorang usahawan dan pelumba kereta Formula 2 dengan sekali lafaz sah disatukan bersama. Selepas mengikat tali pertunangan selama dua bulan, pasangan ini membuatkan orang ramai memuji mereka apabila tidak ‘kecoh’ di media sosial namun terus sahaja melangsungkan perkahwinan.

Sponsored

Malah majlis pernikahan Raysha Rizrose juga mendapat sorotan ramai di media sosial apabila Raysha Rizrose mengayakan busana warna putih dan menyerlahkan lagi kecantikannya. Namun begitu, terbaharu gelagat abang iparnya, Kamal Adli iaitu suami kepada Uqasha Senrose mengundang warganet terhibur dengan cubaannya mengambil video Raysha Rizrose dan suami di atas pelamin.

Perkongsian video pendek itu mengundang peminat terhibur dengan gelagat Kamal Adli yang sememangnya dikenali sebagai pelakon yang sempoi. Malah melihatkan gelagatnya di majlis pernikahan adik iparnya itu, netizen berseloroh mengatakan sudah seperti professional.

Sponsored

Mana tidaknya, gaya Kamal Adli yang hanya menggunakan satu tangan sahaja merakam momen adik iparnya itu ketika disatukan sebagai isteri kepada jejaka pilihan hatinya ditambah pula gelagat selamba Kamal Adli juga membuatkan netizen dalam pada masa sama tercuit hati

‘Hihi suka Kamal Adli kelakar’

Sponsored