Terkejut terima ‘call’ wanita nangis minta tolong & mengilai, ini kata Fazziq Muqris

Sponsored

Penyampai radio Era, Fazziq Muqris menjadi perhatian warganet di media sosial sejak beberapa hari ini selepas kebanyakannya begitu terkejut apabila dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang pada awalnya berkongsikan satu kisah.

Rakaman yang melihatkan Fazziq Muqris yang sempat dirakam semula juga viral di media sosial dengan mendapat pelbagai komen yang ada antaranya juga merasa seram apabila selepas meminta tolong, wanita terbabit didengar mengilai di akhir panggilan.

Sponsored

Terima panggilan wanita misteri

@ct_umyra

mula² ingat prank…die siap sebut nama dj lg…dengar sampai habis,meremang terus bulu roma #keretajatuhgaung #kemalangan #kisahseram #mengilai #erafm #fazziq

♬ Creepy Violins – Apollo Nove

Walau bagaimanapun, menerusi mStar penyampai radio berkenaan menafikan tentang kejadian tersebut selepas didakwa lakonan dan gimik semata-mata. Dia juga berkata, dirinya tidak pernah merancang untuk mendapatkan publisiti murahan dengan cara tersebut.

Sponsored

“Saya langsung tak pernah terniat nak rancang suruh kawan telefon dan arahkan mereka buat macam-macam. Kalau ada yang rasa perkara ini adalah marketing, korang memang silap. Tapi kalau pemanggil tu yang memang nak prank, korang memang jahatlah.” Kata Fazziq Muqris kepada mStar.

Fazziq Muqris ketika itu mengendalikan segmen carta 40 Era, menceritakan kejadian tersebut pada awalnya dia membuka topik perbincangan di sekolah dan tiba-tiba nombor privasi masuk dan selepas borak daripada cerita seronok namun dia merasa lain selepas wanita terbabit meminta tolong hantarkan beg kepada ibunya.

Sponsored

Perbualan itu bertukar menjadi seram pula apabila wanita berkenaan akhirnya mengilai dan memutuskan panggilan.

“Memang benda ni kami tak rancang langsung. Masa dia nangis saya dah mula meremang. Saya tanya dia dekat mana. Bila dia cakap saya dekat luar, kereta dah terbakar. Lepas tu waktu dia mengilai tu kami satu konti terdiam dan terus putuskan panggilan.”