Perkongsian pengacara Teh Syuhaida Sharip mengundang orang ramai menggamit memori tentang rancangan siri televisyen realiti jenayah Malaysia berjudul 999. Ia memaparkan pelbagai kejadian jenayah yang berlaku.
Malah tentu orang ramai cukup familiar dengan tagline, ‘Ingat! Jenayah Membawa Padah,’ yang mana rancangan tersebut sesuai ditonton bersama keluarga. Ia juga memberikan pengajaran buat penonton agar tidak melakukan jenayah yang akhirnya membawa padah.
Hos pertama rancangan 999 tentu peminat setia tidak dapat melupakan, Zakiah Anas dimana caranya mengendalikan rancangan tersebut juga meninggalkan kesan bagi penonton. Namun begitu, menerusi rakaman yang tular ini mengundang ramai tertarik apabila hos 999 iaitu Hazlin Hussain, Anim Ezzati dan Sofea Nur Solehha Tun bergabung dalam satu video.
Hantaran video tersebut tidak hanya membuatkan netizen sekali gus penonton setia rancangan 999 gembira malah ia juga mengundang orang ramai menggamit memori dengan rancangan tersebut. Malah ramai akui, cara hos 999 juga memainkan peranan rancangan tersebut diikuti.
Melihatkan gabungan empat hos rancangan 999 tersebut dalam satu video, netizen juga meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen disamping dengan pantas juga rakaman video tersebut ditonton lebih 500,000 kali.
‘Sebab diorang ni la teringin nak jadi hos 999’
‘Hazlin Hussain tu paling win mengacara dulu’
‘Wow semua cantik, otai jenayah membawa padah 999’
‘Fuh mengimbau kenangan’