Kutipan Imaginur 4 Juta, ramai penonton akui dekat Beto Kusyairy 2 kali tonton juga nangis!

Sponsored

Filem Imaginur mengandingkan pelakon, Beto Kusyairy dan Diana Danielle ternyata berjaya mengundang penonton terkesan di panggung wayang. Sejak akhir-akhir ini, filem Imaginur tidak henti-henti menjadi perhatian dan perbualan tidak hanya di media sosial.

Malah orang ramai selaku penonton dan penyokong filem Imaginur hadir diruangan komen pelakon utama filem tersebut iaitu Beto Kusyairy untuk meninggalkan respon mereka yang bukan sekadar terkesan dengan jalan ceritanya malah lakonan Beto Kusyairy juga berjaya menambat hati penonton.

Sponsored

Terbaharu, Beto Kusyairy diruangan Instagram peribadinya berkongsikan jumlah kutipan terbaharu filem ini yang berjaya meraih sebanyak RM 4 Juta. Pelakon ini juga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada penyokong selain di perkongsiannya ini dia turut meluahkan rasa syukur.

Walau bagaimanapun, sepanjang penonton memberikan respon terhadap filem Imaginur selepas menontonnya di pawagam, ternyata ramai akui tidak dapat menahan air mata apabila sayu dengan jalan ceritanya.

Sponsored

Beto Kusyairy dalam posting terbaharu bertanyakan pula perasaan penonton yang menonton filem Imaginur lebih daripada sekali. Dia juga tertanya-tanya adakah perasaan yang sama seperti kali pertama menonton.

Ternyata ramai yang menjawab ‘ya’ apabila filem Imaginur ini berjaya membuatkan mereka menangis selepas menghayati jalan cerita serta lakonan pihak yang terlibat.

Sponsored

‘Saya tengok 2x… 2x tengok berlinang air mata’

‘Kali pertama nangis, kali kedua nangis’

‘4 kali, pertama tengok…’

‘First time tengok saya menung sehari. Second time tengok saya menung seminggu’