Umum diketahui kejadian yang mengejutkan menimpa wanita bernama Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengundang kritikan ramai terhadap pelakon, Hafidz Roshdi apabila dia didakwa menumbuk sebanyak tiga kali isterinya itu selepas berlaku pertengkaran.
Kejadian tersebut menjadi bualan di media sosial yang membuatkan pelakon, Hafidz Roshdi dikecam hebat oleh orang ramai. Nurul Shuhada juga baru-baru ini muncul di Melodi dan kata-katanya begitu mengundang sayu warganet.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Nurul Shuhada di Instagram meminta doa ramai buat dia dan kedua anaknya yang diberi nama Humairah dan Umar agar hidup bahagia dan dilindungi daripada keburukan, kesedihan dan kekecewaan.
Walau bagaimanapun, orang ramai sebentar tadi menghujani dengan komen sokongan dan doa buat Nurul Shuhada apabila dia berkongsikan perkembangan terbaharu tentang luka di wajahnya yang mana kesan daripada ditumbuk dia terpaksa menerima jahitan.
Terima jahitan kesan ditumbuk
Nurul Shuhada menerima jahitan pada bahagian pipi berdekatan mata. Namun begitu, terbaharu dia mengucapkan terima kasih kepada doktor yang terlibat yang katanya sangat baik. Dia meluahkan rasa syukur dan memuat naik sekeping foto apabila sudah boleh membuang benang di wajahnya itu.
“Terima kasih Doctor Khong, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Doktor baik sangat, Alhamdulillah dah boleh buang benang, doakan Shu ya semua.”