Kemelut rumahtangga pasangan selebriti, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof nampaknya semakin mendapat perhatian ramai. Awal minggu ini peminat dikejutkan dengan keputusan Syamsul Yusof yang tidak mahu menceraikan Puteri Sarah ketika di mahkamah.
Malah dikatakan Syamsul akui masih ada sinar dalam rumahtangganya itu. Keadaan ini membuatkan Puteri Sarah sendiri tidak bersetuju kerana menurutnya sudah setahun tidak bertemu dengan Syamsul jadi apakah yang diharapkannya.
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang penceramah dikenali dengan nama Da’i Fuad cadangkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk ‘tutup mulut’ dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Tulisnya, apa yang terjadi kepada Puteri Sarah dan Syamsul Yusof ini turut memberikan kesan kepada pasangan lain di luar sana.
“Saya mencadangkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusuf untuk tutup mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Cukup-cukuplah situasi kalian ini telah memberikan kesan kepada pasangan lain di luar sana…Tumbangkan orang sepatutnya di mahkamah bukan di media sosial”
Berikut adalah muat naik Da’i Fuad cadangkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk tutup mulut mengenai perihal rumahtangga mereka ini:
Selain itu, Da’i Fuad ini juga menulis di ruangan kapsyen iaitu masalah atau pergaduhan suami isteri ini memang perlu jadi tatapan umum ke di akhir zaman?
Malah dia juga turut meminta untuk kembali kepada Allah dan luruskan hati dengan keimanan serta elak dari keluar sebarang kenyataan untik tidak menjadikan masalah lebih complicated.