Puteri Sarah Lancar Lagu Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, “Apa Yang Berlaku Selama Ini, Saya Ceritakan…”

Sponsored

Ramai yang sudah sedia maklum dengan krisis rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Malah sekarang ini, seluruh platform media sosial dipenuhi dengan kisah-kisah pasangan ini tambahan pula, semalam pengarah filem itu enggan melafazkan talak cerai di Mahkamah Syariah.

Bersempena dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka hari ini, Puteri Sarah tampil meluahkan apa yang terbuku selama ini di dalam lirik lagu Terus nyanyian Sarah Fazny dan Zayani. Difahamkan, Puteri Sarah terlibat di dalam penulisan lirik lagu itu yang berkisahkan tentang hidupnya.

Sponsored

Inspirasi kepada wanita lain

Pelakon itu memberitahu dia berharap lagu tersebut dapat memberi inspirasi kepada wanita lain di luar sana yang mengalami nasib sama dengannya. Tambahnya, dia mahu mereka yang senasib dengannya untuk terus bangkit dan maju ke depan walaupun berdepan dengan ujian.

“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan terjemahkan menjadi sebuah karya yang terus mewakili isi hati saya.”

Sponsored

Puteri Sarah turut memilih hari ini iaitu 8 Mac yang merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia untuk melancarkan lagu tersebut. Malah tarikh ini juga cukup signifikan buatnya kerana hari ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan dia dan suami buat tahun yang ke sembilan.

Walaupun masalah rumah tangganya masih belum selesai seperti yang diharapkan, isteri kepada pengarah filem ini tidak mahu menjadikan ia alasan untuk bersedih. Selain terlibat dengan penulisan lirik lagu Terus, Puteri Sarah juga turut muncul di dalam muzik video yang dimuat naik di platform YouTube.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar