“Alhamdulillah Untuk Semua Doa,” Uqasha Syukur Kamal Adli Makin Pulih

Sponsored

Baru-baru ini pelakon jelita, Uqasha Senrose memuat naik foto dirinya bersama suami tercinta yang juga seorang pelakon, Kamal Adli. Muat naik itu menjadi perhatian ramai selepas Uqasha Senrose memberitahu keadaan Kamal yang semakin pulih.

Untuk info, bulan lalu industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita Kamal Adli diserang di luar dewan ekspo. Berhadapan situasi mendebarkan itu, ramai rakan selebriti yang membantu dan Kamal dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sponsored

Disebabkan itu juga membuatkan Uqasha trauma dan selebriti ini turut menceritakan apa yang berlaku menerusi akaun media sosial miliknya. Bagaimanapun dalam muat naik terbaharu itu, Uqasha syukur Kamal Adli makin pulih.

Turut diluahkan menerusi muat naik tersebut, Uqasha berterima kasih ke atas doa orang ramai kepada suaminya itu. Berikut adalah tulisan Uqasha di perkongsian syukurnya itu:

Sponsored

“Alhamdulillah untuk semua doa..Kamal Adli strong..Syukur ke atas Mu Ya Allah”.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur menyaksikan muat naik Uqasha Senrose ini. Bukan Uqasha syukur Kamal Adli kembali pulih sahaja, malah muat naik ini turut membuatkan orang ramai gembira melihat kebahagian pasangan selebriti tersebut.

Sponsored

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian oleh Uqasha Senrose di Instagram miliknya baru-baru ini:

“Alhamdulillah..Seronok tengok dia kembali sihat. Semoga kamu berdua kuat dan sentiasa di lindungi Allah”

“Alhamdulillah akhirnya doa saya dah termakbul dah. Allah memang Maha Besar. Allah Maha Baik. Saya sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT sebab Allah dah kurniakan mukjizat yang paling agung kepada Kamal Adli”

“Alhamdulillah..Tapi nampak susut tu. Cepat2 sihat dan kuat ye”