Bulan lalu kecoh dengan satu berita mengejutkan melibatkan pelakon terkenal tanah air, Kamal Adli diserang di luar dewan di Singapura. Kejadian yang berlaku itu bukan sahaja membuatkan isterinya, Uqasha Senrose terkejut malah seluruh rakyat Malaysia turut merasainya.
Selepas menjalani pembedahan, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan keadaan Kamal Adli yang semakin pulih telah meraih perhatian warganet. Perkongsian video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Nelydia Senrose itu turut memaparkan adik-beradik mereka menjamu selera bersama.
Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan keadaan Kamal Adli yang semakin sihat selepas kejadian mengejutkan menimpanya itu:
Di ruangan kapsyen, Nelydia Senrose menulis video itu ketika dia dan keluarganya berbuka puasa bersama. Bukan sahaja keadaan terkini Kamal Adli yang menjadi perhatian warganet, malah penampilan adik-beradik Senrose yang semuanya sopan dan berhijab ini turut dipuji ramai.
Berikut antara reaksi ramai mengenai perkongsian rakaman ini yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Alhamdulillah Kamal Adli dah sihat. Semoga Allah lindungi Kamal dan isteri. Amin”
“Manisnya semua bila bertudung”
“Kan cantik lawa je semua bertudung”
“Comey semua bertudung. Meriah bila makan2 berkumpul dengan ahli keluarga”
Terdahulu Kamal Adli dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas diserang selepas selesai bekerja di sebuah ekspo di Singapura. Si pelaku kini sudah pun ditahan pihak berkuasa negara jiran. Kejadian ini juga menyebabkan isteri Kamal Adli, Uqasha Senrose trauma kerana ia terjadi di depan matanya sendiri.