Fikry Ibrahim Digelar Fizz Fairuz Oleh Peminat, Netizen Rasa Terhibur, “Confident Ya Mak Cik Jawab…”

Sponsored

Bagi yang mengikuti Fikry Ibrahim di media sosial, pastinya tahu dengan konten lucu yang sering dimuat naik oleh pelakon itu. Sebelum ini juga, Fikry sering memuat naik video-video kelakar di akaunnya yang pastinya akan menerima jumlah tontonan yang tinggi.

Baru-baru ini pula, sebuah lagi perkongsian video dari pelakon itu telah menjadi bualan ramai. Menerusi video yang dikongsikan itu, Fikry telah terserempak dengan seorang peminat wanita yang berasa teruja dapat berjumpa dengannya semasa di sebuah pesta jualan raya.

Sponsored

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur ialah peminat itu telah menggelarkan Fikry sebagai Fizz Fairuz sekaligus membuatkan pelakon itu tergamam dibuatnya. Walau bagaimanapun, Fikry masih tetap melayan peminatnya itu dan berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai Fizz Fairuz.

“Saya bila jumpa peminat ni saya suka. Terima kasih kak. Peminat saya ramai. Sayalah Fizz Fairuz.”

Sponsored

Perkongsian video itu turut membuatkan ramai yang berasa terhibur melihat reaksi selamba dari peminat wanita itu. Malah netizen turut memuji tahap keyakinannya yang memanggil Fikry Ibrahim dengan nama pelakon lain walaupun selepas melihat mukanya beberapa kali.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berdekah dengan jawapan spontan Fikry yang sengaja menyakat peminatnya ini. Video yang dimuat naik di akaun Tik Tok Fikry Ibrahim itu telah pun menerima lebih dari dua juta tontonan setakat ini.

Sponsored

“Confident ya mak cik jawab.”

“Takpe kak yakin plus confident kena ada.”

“Agaknya selama ni peminat-peminat Fikry Ibrahim salah orang lah ek.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok