Pelawak Ali Puteh sebelum ini telah diminta untuk membayar jumlah saman sebanyak RM60,000 kepada balu arwah abangnya, Hidayah. Ini susulan kenyataan mengaibkan yang dimuat naik oleh pelawak itu di Instagram mengenai kakak iparnya itu beberapa tahun lalu.
Baru-baru ini, pelawak itu dilihat melakukan siaran langsung atau sesi ‘live’ di platform Tik Tok untuk berniaga. Di dalam video yang dikongsikan ini, Ali dilihat menjual baju tidur kanak-kanak bagi menambah sumber pendapatannya yang terjejas ketika ini.
Dalam siaran langsung itu juga, Ali menunjukkan koleksi pakaian tidur kanak-kanak yang dijualnya di mana ia terdiri dari pelbagai rekaan kartun. Difahamkan, pelawak itu menjual baju tidur kanak-kanak dengan harga RM28 untuk setiap tiga pasang.
Selain menjawab pertanyaan netizen mengenai baju-baju yang dijualnya ini, Ali turut menadah tangan untuk berdoa setiap kali ada pembeli yang membeli jualannya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada pelawak itu untuk terus berusaha mencari rezeki.
Tambahan pula sebelum ini, Ali mendedahkan dia semakin kurang mendapat tawaran dalam industri seni selepas namanya terpalit dengan kontroversi bersama kakak iparnya. Netizen juga turut membeli baju tidur jualan pelawak itu sebagai tanda sokongan.
“Nampak lah usaha nak bayar duit balu abam tu.”
“Benda baik kita support, harap dia berubah ke arah yang lebih baik.”
“Baru betul, ada gak usaha daripada live memancing takde buat apa. Moga dipermudah urusan.”
Terdahulu, Ali Puteh telah disaman oleh Hidayah gara-gara mengeluarkan kenyataan mendakwa kakak iparnya seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka arwah suaminya. Dalam masa yang sama, Ali turut memfailkan saman terhadap Hidayah dan Aliff Syukri yang dikatakan telah mengaibkan keluarganya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.