Berkongsi Rezeki, Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bagi Air Balang Percuma Sepanjang Bulan Puasa

Sponsored

Macam yang semua tahu, pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel aktif di dalam bidang perniagaan dan mempunyai syarikat kosmetik mereka sendiri. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun syarikat itu, mereka memaklumkan tentang pemberian air balang secara percuma kepada orang ramai.

Difahamkan, pasangan ini menyediakan air balang yang akan diberikan percuma untuk orang ramai di sepanjang bulan Ramadan ini. Di dalam video yang dikongsikan itu, turut kelihatan Aeril yang mengacau air balang sebelum memasukkan aiskrim di dalam balang tersebut.

Sponsored

Berdasarkan kapsyen di video itu, pemberian air percuma itu akan diagihkan bermula jam 4.30 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di hadapan ibu pejabat syarikat kosmetik mereka yang bertempat di Bangi. Pasangan ini turut berharap orang ramai dapat hadir dan mengambil air balang yang diberikan secara percuma ini.

@wawacosmeticsmalaysia

Sempena Ramadhan , kami nak bagi air secara percuma jee setiap petang jam 4:30 sehingga habis 📌 Waze je ( wawa cosmetic Hq ) jangan lupe datang .#wawacosmetics

♬ original sound – Nashrul Sekon – Nashrul Sekon

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen memuji usaha baik Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam berkongsi rezeki dengan yang lain. Malah netizen turut kagum kerana air balang yang disediakan itu juga bukanlah air biasa kerana ia turut dicampurkan dengan aiskrim.

Sponsored

Dalam masa yang sama, netizen mendoakan pasangan ini sentiasa dimurahkan rezeki dan tidak berhenti membantu masyarakat. Netizen juga turut berasa teruja ingin mencuba sendiri air balang yang disediakan oleh team Wawa Cosmetics ini.

“Semoga korang dimurahkan rezeki seluas air lautan.”

Sponsored

“Dia punya pilihan air tu menarik sungguh ye.”

“Hidup bersedekah ini banyak manfaat yang kita akan dapat sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok