Ali Puteh Kata Hidayah Dan Peguam Datang Mengejut, “Dia Datang Pada Hari Kami Keluar Bekerja…”

Sponsored

Selepas agak lama tidak mendengar khabar tentang mereka, baru-baru ini berlaku persengketaan di antara Ali Puteh dan Hidayah selepas genap tiga tahun pemergian Abam. Terdahulu, Hidayah meluahkan rasa kesal apabila kedatangannya bersama peguam tidak disambut baik oleh keluarga Ali.

Ali kemudiannya mendakwa menjumpai beberapa barang seperti garam kasar dan bangkai haiwan di hadapan rumah itu yang disyaki mempunyai unsur sihir. Namun video tersebut kemudiannya dipadamkan semula oleh Ali tidak lama selepas ianya dimuat naik.

Sponsored

Semasa ditanyakan tentang isu kunci rumah Abam yang tidak diberikan kepada Hidayah walaupun selepas diminta, Ali memaklumkan dia tidak menyerahkannya kerana rumah tersebut masih dalam kes tuntutan faraid.

“Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arwah dan ia masih belum selesai.”

Sponsored

Nafi rumah dalam keadaan terbiar

Pelawak itu turut menafikan rumah tersebut dalam keadaan yang terbiar seperti yang didakwa oleh netizen di media sosial. Menurutnya, rumah itu dijaga oleh adiknya yang tinggal di kediaman itu buat sementara waktu sehingga kes tuntutan faraid selesai.

“Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memburukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam meninggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Ali turut memaklumkan dia tidak diberitahu tentang kedatangan Hidayah dan peguamnya. Pelawak itu berkata kedatangan mereka adalah secara mengejut dan perkara itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepadanya ataupun peguamnya.

“Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mendakwa kami tidak melayannya? Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu.”

Terdahulu, Ali memberitahu dia bersetuju untuk membayar RM60,000 kepada balu Abam, Hidayah secara ansuran. Difahamkan, pelawak itu masih belum melunaskan bayaran yang ditetapkan oleh mahkamah gara-gara mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram dua tahun lepas.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.