Di sebalik kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-37 semalam, timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan di media sosial. Antaranya ialah penampilan penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang dikatakan tidak sesuai dengan imej untuk wanita bertudung.
Di dalam video yang dikongsikan di Instagram, Nabila hadir di Acara Karpet Merah dengan pakaian yang direka oleh pereka fesyen Teh Firdaus. Kehadiran pelakon itu juga adalah untuk mewakili penaja bagi mempromosikan telefon bimbit terbaru jenama tersebut.
Semasa berada di Acara Karpet Merah itu, beberapa aksesori dari pakaian Nabila terjatuh dan bertaburan di lantai menyebabkan krew membantu untuk mengutipnya. Namun apa yang menjadi perhatian ramai ialah pakaian yang dipakai pelakon itu yang dikatakan terlalu ketat seperti baju renang.
Malah rata-rata netizen turut mengkritik penampilannya ini ditambah pula dengan tudung singkat yang dipakai pelakon itu. Tambah netizen, pakaian ketat seperti itu tidak sesuai dengan imej wanita bertudung yang dibawanya dan meminta pelakon itu untuk lebih berhati-hati ketika memilih penampilan yang sesuai.
“Hampa tengok pakaian ni, serius tak sesuai langsung macam pakai inner sahaja…”
“Kalau tambah ropol atau bunga kat dada tu okay sis. Sebab nampak macam baju renang yang bahagian atas.”
Anugerah Juara Lagu ke-37 menyaksikan penyanyi Aina Abdul berjaya merangkul gelaran juara dengan lagu Terus Hidup bersama Vokal Terbaik. Manakala naib juara disandang oleh Joe Flizzow dan Sonaone menerusi lagu Satu Malam Di Temasek. Tempat ketiga dimenangi oleh Alif Satar and The Locos dengan lagu Anugerah Terindah.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.