Tak Sangka Doa Makbul Untuk Berjumpa, Alif Satar Terkejut Mufti Menk Solat Di Sebelah

Sponsored

Penyanyi dan pelakon Alif Satar tidak menyangka doanya akan dimakbulkan untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk di kota suci Mekah. Alif ketika ini sedang menunaikan umrah bersama kumpulan The Locos.

Menurut Alif, pada ketika itu dia bergegas ke masjid selepas melihat siaran ‘live’ yang dilakukan di akaun Mufti Menk. Namun dia tahu agak sukar untuk berjumpa dengan pendakwah itu ditambah pula dengan ‘lautan manusia’ yang berada di sana.

Sponsored

Malah Alif turut bertanyakan kepada tukang cuci di situ sekiranya dia ada melihat pendakwah itu di kawasan masjid tersebut. Namun malangnya, petugas pembersihan itu juga tidak ada terserempak dengan Mufti Menk semasa berada di situ.

“Dalam hati saya berkata “InsyaAllah, kalau rezeki saya, Allah akan tunaikan”. Kemudian dengan kuasa Allah, beliau muncul dan solat di sebelah saya. ALLAHUAKBAR. Saya sangat gembira bertemu dengannya secara peribadi.”

Sponsored

Perkongsian Alif di Instagram itu juga bukan sahaja meraih perhatian netizen malah turut menerima perhatian Mufti Menk sendiri. Pendakwah itu juga sempat meninggalkan komen dan mendoakan yang terbaik untuk Alif dan keluarganya.

“Semoga Allah merahmati anda dan yang tersayang sentiasa.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada Mufti Menk di atas video-video ceramahnya yang banyak membantunya di saat sukar. Malah Alif juga turut mendoakan semua urusan pendakwah itu dipermudahkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terharu melihat pengalaman yang dikongsikan oleh Alif Satar ini. Tidak kurang juga yang turut berdoa semoga dapat dipertemukan dengan pendakwah terkenal itu satu hari nanti.

“Tiada apa yang mustahil, doa dan percaya kepada Allah kan?”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram