Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila memuat naik muzik video lagu raya terbarunya di Instagram.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan promosi muzik videonya yang pelik itu serta menyifatkan usahawan berusia 36 itu tidak menghormati bulan yang mulia ini.
Bagaimanapun, Aliff tidak berdiam diri dan tampil menjelaskan untuk mempertahankan konsep muzik video lagu rayanya itu. Dia mendakwa penampilannya itu tidak sepatunya menjadi isu kerana dia tetap menutup aurat, bukannya berbogel. Bahkan, dipercayai konsep tersebut juga diberikan oleh penata riasnya.
“Bila tarian itu dibuat, bagi saya tiada masalah. Selagi baju itu tak seksi, menjolok mata, tak berbogel, tak ada isu pun. Kalau kita tengok tarian gimnasium ataupun kolam renang, ada juga kan,” ujarnya menurut laporan.
“Senang cerita ia bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau rasa menjolok mata, terpulang. Bagi saya, saya tak buka aurat, tak berpegangan tangan, pakai mekap, itu hanya sekadar seni.
“Saya yakin tiada video yang dikeluarkan akan menjolok mata. Saya yakin saya akan menjaga hati semua pihak terutama keluarga, isteri, anggap saja hiburan, jangan ambil serius.
Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghina, menghina dan memujinya dalam muzik video berkenaan, dia akan menerima sebarang kritikan asalkan tidak melibatkan keluarga khususnya isterinya yang bakal melahirkan anak.
Untuk makluman, sebelum ini Aliff Syukri juga pernah jadi bualan hangat apabila dia didakwa menyentuh payudara seorang wanita semasa sedang bergambar bersama peminat ketika berada di program Stylofest yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.