Dr Rafidah Tegur Masakan Khairul Aming Terlalu Banyak Minyak, Minta Sedia Menu Sihat

Sponsored

Sebut sahaja nama pempengaruh media sosial, Khairul Aming, pasti ramai yang terbayangkan video masakan-masakannya yang tular, lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan.

Baru-baru ini, Influencer dan usahawan terkenal itu berkongsi menu minuman dan masakan di bulan Ramadan, ’30 Hari 30 Resepi’ di media sosial miliknya. Namun, Pakar Perubatan, Dr Rafidah menegur masakannya di laman Twitter.

Sponsored

Dr Rafidah mengkritik masakan Khairul Aming kerana menggunakan terlalu banyak minyak, yang membawa kepada gaya hidup tidak sihat, dalam resipinya untuk sambal hijau ikan bilis dan telur dadar.

Sementara itu, di ciapan tambahan, Dr Rafidah menasihatkan semua influencer untuk berkongsikan menu yang sihat serta meletakkan kandungan kalori setiap masakan yang hendak di masakan.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi daripada netizen. Segelintir netizen bersetuju dengan kenyataan Dr Rafidah kerana menyifatkan Dr Rafidah mengambil berat tentang kesihatan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan teguran itu serta meminta Dr Rafidah sendiri membuat video masakan yang sihat memandangkan Dr Rafidah juga banyak followers di laman Twitter.

Sponsored
Dr Rafidah Tegur Masakan Khairul Aming Terlalu Banyak Minyak, Minta Sedia Menu Sihat
Sumber: Twitter Khairul Aming
Dr Rafidah Tegur Masakan Khairul Aming Terlalu Banyak Minyak, Minta Sedia Menu Sihat
Sumber: Twitter Khairul Aming

Sekadar info, antara kejayaan terbesar usahawan berasal dari Kelantan itu adalah dengan menjual produk makanan berasaskan sambal yang dinamakan sebagai Sambal Nyet.