Saban tahun usahawan dikenali dengan nama Datuk Aliff Syukri ini tidak lekang dengan kontroversi lagu raya ditimbulkan. Tahun lalu muzik video lagu raya dari Aliff Syukri menjadi bualan hangat kerana didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.
Disebabkan itu juga usahawan tersebut dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) untuk memberi kenyataan mengenai muzik video itu. Tahun ini Aliff Syukri sekali lagi menerbitkan sebuah lagu raya dan turut menjadi tumpuan.
Biarpun ada dakwaan Aliff Syukri sengaja mencipta kontroversi supaya lagu baru ini dapat perhatian, namun usahawan tersebut langsung tak endahkannya. Malah turut mendakwa dirinya adalah penyanyi nombor 1 negara!
Lebih menjadi bualan ramai lagi apabila Aliff Syukri seronok penyanyi nombor 1 negara akui bakatnya. Penyanyi nombor 1 negara dimaksudkan adalah Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pada awalnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza meninggalkan komen akui kenyataan Aliff Syukri itu.
Namun baru-baru ini penyanyi tersebut ‘akui’ perkara tersebut di dalam satu video live sambil beri reaksi kepada warganet yang bertanya. Disebabkan itu, Aliff Syukri seronok TokTi akui perkara tersebut.
Dalam satu video terbaharu dimuat naik di Instagram Aliff Syukri, dia terlihat begitu seronok apabila figura dihormati ramai tersebut ‘memujinya’.
“Terima kasih dato sri @ctdk krn terima hakikat saya penyanyi no1 malaysia….biarlah kita bersaing sebagai penyanyi secara sehat okey”, tulis Aliff Syukri meluahkan rasa seronoknya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkara tersebut seperti berikut:
“Sabor la wahai netizen. Kita semua berpuasa ni”
“Tokti pun malas nak layan. Selalunya kalau no 1 dia diam2 je. Tokti pun tak pernah canang bila dia dinobatkan penyanyi no 1 negara….”
“Tolong berpijak di bumi yang nyata..Apapun bagi kami rakyat Malaysia Dato CTDK tetap nombor 1 sekurang2 nya dia kerap jadi juara AJL..”